Salam semua, lama tak update blog, antara bz & self-laziness..dua2 mix bercampur2.
Ok, kali ni saya nak tulis pasal kontest pertama oleh aplikasi Edisi Blog. Kontest ini adalah berkenaan aplikasi mobile utk fesyen Muslimah iaitu Muslimah.Clothing. Ini adalah kontest yang pertama dianjurkan oleh Edisi Blog.
Untuk makluman anda, aplikasi Muslimah.Clothing adalah satu aplikasi untuk memudahkan anda bershopping fesyen Muslimah terus dari telefon pintar anda.
Antara 2 ciri utama yang cuba diketengahkan oleh Muslimah.Clothing adalah,
1. Pembayaran yg mudah
2. Mengesan perjalan parcel yang dihantar kepada anda dengan mudah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Muslimah.Clothing, anda boleh layari
1. http://muslimah.clothing
2. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.muslimah.clothing
Berikut adalah syarat-syarat kontest ini.
1. Follow http://instagram.com/muslimah.clothing
2. Download & rate aplikasi Muslimah.Clothing di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.muslimah.clothing
3. Buat satu blog entri yang menarik mengenai Muslimah.Clothing di blog anda, anda boleh menggunakan apa-apa gambar Muslimah.Clothing yang anda boleh dapat di Google Play.
4. Dan yang terakhir, ciptakan satu tagline yang menarik & kreatif utk aplikasi Muslimah.Clothing di dalam bahasa Melayu.
Hadiah
Terdapat 2 hadiah utk kontest ini, satu hadiah utama & 3 hadiah consolation.
1. Hadiah Utama - Anda akan menerima satu aplikasi mobile seperti Muslimah.Clothing yang akan dibrandkan dengan apa2 nama pilihan anda sendiri. Semua produk telah tersedia di dalamnya, dan utk setiap jualan yang terhasil dari aplikasi itu, akan ada percentage untuk anda. Dengan kata lain, anda mempunyai satu butik mobile utk anda berbisnes tanpa mengeluarkan modal dan anda boleh menjana pendapatan setiap minggu (percentage dr hasil jualan akan dibayar secara mingguan). Segala pengurusan order dan penghantaran akan diuruskan oleh syarikat kami.
2. 3 hadiah utk 3 org, iaitu 3 pasang fesyen Muslimah keluaran Serenity (Muslimah.Clothing)
Selepas anda membuat entri kontest, anda boleh tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini.
Kontest ini akan berlansung selama 2 minggu sehingga 4 Disember 2014.
Pemenang akan ditentukan oleh entri yang menarik dan juga tagline yg paling kreatif, pemenang akan dipilih oleh syarikat Serenity (Muslimah.Clothing). Pemenang akan dihubungi pada 6 Disember 2014.
Setakat ini sahaja intipati kontest ini, selamat mencuba.

Boleh cuba ni...
ReplyDeleteEh.. Ada cntest... Sy mmg de wat entry pasal ni... Nnt sy send link..
ReplyDeletehttp://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/11/aplikasi-shopping-baju-muslimah-murah.html
ReplyDeletealaaaa.... dah lepas... tak pasan plak ada contest ni... huhu... xde rezki... xpe la. hehe
ReplyDelete