Wednesday 19 November 2014

Kontest Edisi Blog #1

Salam semua, lama tak update blog, antara bz & self-laziness..dua2 mix bercampur2.


Ok, kali ni saya nak tulis pasal kontest pertama oleh aplikasi Edisi Blog. Kontest ini adalah berkenaan aplikasi mobile utk fesyen Muslimah iaitu Muslimah.Clothing. Ini adalah kontest yang pertama dianjurkan oleh Edisi Blog.















Untuk makluman anda, aplikasi Muslimah.Clothing adalah satu aplikasi untuk memudahkan anda bershopping fesyen Muslimah terus dari telefon pintar anda.


Antara 2 ciri utama yang cuba diketengahkan oleh Muslimah.Clothing adalah,
 1. Pembayaran yg mudah
2. Mengesan perjalan parcel yang dihantar kepada anda dengan mudah.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Muslimah.Clothing, anda boleh layari
1.  http://muslimah.clothing
2. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.muslimah.clothing


Berikut adalah syarat-syarat kontest ini.
1. Follow http://instagram.com/muslimah.clothing
2. Download & rate aplikasi Muslimah.Clothing di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.muslimah.clothing
3. Buat satu blog entri yang menarik mengenai Muslimah.Clothing di blog anda, anda boleh menggunakan apa-apa gambar Muslimah.Clothing yang anda boleh dapat di Google Play.
4. Dan yang terakhir, ciptakan satu tagline yang menarik & kreatif utk aplikasi Muslimah.Clothing di dalam bahasa Melayu.


Hadiah
Terdapat 2 hadiah utk kontest ini, satu hadiah utama & 3 hadiah consolation.

1. Hadiah Utama - Anda akan menerima satu aplikasi mobile seperti Muslimah.Clothing yang akan dibrandkan dengan apa2 nama pilihan anda sendiri. Semua produk telah tersedia di dalamnya, dan utk setiap jualan yang terhasil dari aplikasi itu, akan ada percentage untuk anda. Dengan kata lain, anda mempunyai satu butik mobile utk anda berbisnes tanpa mengeluarkan modal dan anda boleh menjana pendapatan setiap minggu (percentage dr hasil jualan akan dibayar secara mingguan). Segala pengurusan order dan penghantaran akan diuruskan oleh syarikat kami.

2. 3 hadiah utk 3 org, iaitu 3 pasang fesyen Muslimah keluaran Serenity (Muslimah.Clothing)


Selepas anda membuat entri kontest, anda boleh tinggalkan link entri anda di bahagian komen entri ini.
Kontest ini akan berlansung selama 2 minggu sehingga 4 Disember 2014.

Pemenang akan ditentukan oleh entri yang menarik dan juga tagline yg paling kreatif, pemenang akan dipilih oleh syarikat Serenity (Muslimah.Clothing). Pemenang akan dihubungi pada 6 Disember 2014.

Setakat ini sahaja intipati kontest ini, selamat mencuba.

Thursday 16 October 2014

Bersembang Di Edisi Blog

Salam semua :D.

Huhu tercari-cari masa actually nak update blog nih, bz tak abis punye seminggu dua ni.
Anyway kalau korang perasan Edisi Blog ade sediakan tempat sembang, forum style kat app. Cuma tak berapa ramai yg guna.

Sebenarnye kat situ kite leh kongsi macam2 ilmu blogging, bertanya2 soalan or apa sahaja. Since now user tak baper ramai lagi, dalam 1k org jer..so leh manfaatkan dr awal yer.

Anyway ni cara utk bersembang kat Edisi Blog.


 
So mula-mula sekali klik menu sembang tu..




Anda akan sampai sini, ade 5 topik utama, leh browse mana satu la nak baca. 



 
Ni contoh, topik Dunia Bloggin,  situ ade senarai perbincangan, kalau nak create topik baru, klik jer tanda + kat atas kanan tu.



 
Isi tajuk n ape yg anda nak bincang.



 
So org pun leh join bersembang. kalau nak reply klik jer icon pensil kat atas kanan..



Kuar camni..type n send.



 
Kalau nak edit topik yang anda cipta..just klik lama2 kat topik tu (taphold) then leh edit.




 
Untuk edit reply anda pun buleh, sama jer taphold kat jawapan anda tu then leh edit.

Huhu enjoy!



Tuesday 7 October 2014

Edisi Blog - Cara Baru Untuk Ping


Salam semua, selamat hari raya :D

Terima kasih yer sebab sudi guna aplikasi Edisi Blog ni. Kali ni saya nak tulis serba sedikit pasal versi baru aplikasi Edisi Blog. Apa perubahan dari versi yang sebelum ni, ciri-ciri baru yang saya masukkan dan juga hal-hal lain yang berkaitan. Mungkin saya tak akan cover semua sekali dalam satu post sahaja, so jenguk-jenguk la yer blog ni selalu.

 So camne nak tau app ni ade update version ke tak? Senang jer, pergi google play, search Edisi Blog..then ade remark situ "UPDATE". So maknanye ade version lagi baru.







































Then bila klik situ..sampai kat app page...klik jer button update tu untuk dapatkan version baru. Selalunye bende ni auto, tapi auto update ni ada masa2 yang tertentu.







































Anyway ni pasal versi baru Edisi Blog,bila dah update & install..leh teruskan baca ..


1. Muka depan app, untuk login klik button yang paling kanan "..."



2. Klik "Log Masuk" kalau anda dah berdaftar ngan app ni sebelum ni, kalau belum klik "Daftar"

3. Masukkan email ngan password anda, kalau tak ingat password klik "Lupa Kata Laluan", password baru akan di email pada anda.

4. Kalau dah log in, ada button "Ping" kat menu, klik situ

5. Anda akan dapat skrin camni, kosong jer. Klik "Tambah" untuk masukkan blog anda


6. Masukkan URL blog anda 


7. Bila dah masukkan blog anda, klik jer kat blog tu, then leh ping cam biase



8.Ping cam sebelum ni jugak





9. Ok, kalau nak edit ke nak delete, klik kat blog tu lama2 (taphold), dalam sesaat gitu skrin ni akan muncul, so anda leh edit blog URL, edit feed ataupun nak padam url ni terus pun boleh.







































Ok, apa yang beza ngan versi sebelum ni adalah, versi yang ni anda leh masukkan seberapa banyak blog url. So yang ada lebih dari 1 blog tu, masukkan jer banyak.

Ok, next entri saya akan citer pasal "Fav".

Sekian, mekasih.

Wednesday 24 September 2014

Seminggu Bersama Edisi Blog

Salam semua,

Hari ni dah lebih seminggu Edisi Blog beroperasi, tak ingat baper hari maybe 8 atau 9 hari dah kot. Plan nak update ke version 1.2 masih lagi dalam planning dek bz duk buat bende lain. Kalau nak ikutkan byk lagi feature lain nak up. Kot2 kalau anda semua ade idea boleh kongsi kat sini.

Tapi tempoh ni saya kira tempoh try jer..nak tgk sistem, data, dan lain-lain lagi kot2 ada masalah berbangkit.
Masalah memang ada la, ade user takleh login, ada yg tak masukkan blog url yang betul etc.

Masalah teknikal mcm tu mmg saya nak tgk untuk saya betulkan later on. Tujuan utama Edisi Blog ni sebenarnye nak supply visitor ke blog-blog yang diping, selagi tujuan tetrsebut dipenuhi kira ok la kan.

Visits ke blog2 mmg byk tapi tak tau la user dpt track ke tak sebab app ni bukan website yg kite leh tgk source die kat analytic.

Nama Edisi Blog ni rasanya agak kurang sesuai untuk attract lagi ramai user, kalau lg ramai org guna even bukan blogger pun. Lagi byk benefit blogger kat sini dapat. Lagi byk traffic ke blog. Jadi rasanya mcm nak tukar la nama app ni ke nama lain yang lebih tak menampakkan app ni tempat utk blogger sangat.

Ape pendapat korang? Ok ke untuk tukar nama sebelum app ni dikembangkan lagi ke tahap yang lebih baik?

Tinggalkan pendapat korang kat komen yer.

Mekasih :D

Monday 22 September 2014

10 Blog Yang Anda Patut Tau Tapi Tak Tau

Salam all,

Statistik dah kuar lagi..huhu. Ini untuk 22/9/2014 blogwalking punye stat. Haa..dah nampak dah pattern sape yang rajin melawat & blogwalking kat Edisi Blog nih. Okeh, ni 10 orang yang paling rajin melawat blog2 kat app, sila la jenguk yer.

Putri Ieja http://princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com
Zanna Hassan http://www.zannablogspot.com
Ain Abd Ghani http://www.labahlabahkenit.blogspot.com
Hana Farhana http://inibukankisahdongeng.blogspot.com
Cik Aann http://thecikaann.blogspot.com
Tunsha Ayunie http://aunidenovella.blogspot.com
Mamabantalbusuk http://duniavitaminmama.com
Deanna http://kameqdeanna.blogspot.com
Yan Saflina http://bluepinkiey.blogspot.com

Mekasih

Top 10 Blogwalker Yang Harus Anda Kenal

Salam semua,

Terima kasih diucapkan pada yang rajin blogwalking kat Edisi Blog app. Ni semalam (21/9/2014) punye top 10 blogwalker :D, rajin-rajin la lawat blog diorang plak yer.

Zanna Hassan http://www.zannablogspot.com
Fazlina Rosli http://www.mysecretvitamin.blogspot.com.my
Rei http://kelabbloggerbenashaari.com
Murni http://sayangkunurhana.blogspot.com
Al-lavendari http://al-lavendari.blogspot.com
Hasnyyanyi Zainal http://senandunghatiku.blogspot.com
Hana Farhana http://inibukankisahdongeng.blogspot.com
Putri Ieja http://princesshealthybeautyshoppe.blogspot.com
Umie Sapidah http://www.athiyyah-hannani.com
Cxopportunities http://cxopportunities.blogspot.com